Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Nancy Shukri menziarahi pesakit kanak-kanak selepas merasmikan Program Menyantuni Klien Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak sempena Krismas 2023 di Hospital Umum Sarawak, hari ini. Foto: TVS

KPWKM sedia tawar khidmat kaunseling buat keluarga Zayn Rayyan – Nancy

ByBernama

KUCHING, 15 Dis: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bersedia menawarkan khidmat kaunseling kepada keluarga kanak-kanak autisme Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata pihaknya mempunyai kaunselor sekiranya khidmat itu diperlukan oleh keluarga Zayn Rayyan.

“Kita dimaklumkan buat masa ini pihak polis masih lagi menyiasat kes tersebut maka belum lagi ada kaunselor (yang datang kepada mereka) melainkan pihak keluarga ada minta (kita boleh) beri kaunseling,” katanya selepas menghadiri Program Memacu Kehidupan Krismas 2023 di sini, hari ini.

Nancy berkata buat masa ini juga pihak KPWKM tidak boleh turun ke lokasi kejadian sehingga proses siasatan selesai.

“Tidak dibenarkan (turun ke lokasi kejadian), difahamkan ada beberapa perkara yang belum dimuktamadkan polis. Kita tunggu selesai dulu penyiasatan sebelum kita ambil tindakan selanjutnya,” katanya.

Kanak-kanak autisme berusia enam tahun itu dilaporkan hilang pada 5 Dis lepas di Damansara Damai, sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman, pada keesokannya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan