Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kebergantungan kepada tenaga buruh asing dalam melaksanakan tangkapan ikan di laut dalam antara indikator punca prestasi tangkapan ikan merosot. Foto TVS

Kebergantungan kepada buruh asing antara punca penurunan tangkapan ikan

KOTA SAMARAHAN, 15 Dis: Kebergantungan kepada tenaga buruh asing dalam melaksanakan tangkapan ikan di laut dalam antara indikator punca prestasi tangkapan ikan merosot.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Faiz Fadzil berkata Sarawak masih menggunakan khidmat warga asing dalam melaksanakan operasi tangkapan ikan.

“Kebanyakan pemain industri perikanan kita yang mempunyai kapal, mereka bergantung kebanyakannya dengan pekerja asing,” katanya pada sidang media sempena lawatannya ke Pelabuhan Perikanan LKIM Tanjung Bako (PPLTB) di sini, hari ini.

Menurutnya, antara punca lain penurunan prestasi Pelabuhan Perikanan LKIM ekoran kekurangan jumlah kapal.

“Apabila berlaku beban kewangan kepada syarikat swasta dan pemain industri terutamanya ketika PKP, ia memberi kesan terhadap kemampuan kewangan syarikat-syarikat bot ikan.

“Itulah yang memberi kesan kepada kekurangan vesel dan seterusnya kekurangan pendaratan ikan,” ujarnya.

Setakat November lepas, nilai pendaratan ikan ialah RM 7,696,104.72 dengan pendaratan dari 40 kapal berbanding tahun 2020 sebanyak RM13,350,733.57 dengan pendaratan dari 68 kapal. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan