Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua pekerja penyelenggaraan lampu jalan terkorban selepas dilanggar pikap yang terbabas ke lorong bertentangan berhampiran Bulatan Sibu-Bintulu pagi tadi. Foto TVS

Dua pekerja penyelenggaraan lampu jalan maut dirempuh pikap di Sibu

SIBU, 15 Dis: Dua pekerja penyelenggaraan lampu jalan maut akibat dirempuh sebuah kenderaan pikap yang terbabas berhampiran Bulatan Jalan Sibu-Bintulu pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata pikap yang terbabas dalam kejadian sekitar 11.20 pagi itu kemudiannya memasuki laluan bertentangan.

“Akibat itu, dua lelaki yang sedang menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan lampu jalan dirempuh pikap berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, seorang pekerja lelaki berusia 59 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan manakala seorang lagi berusia 27 tahun dikejarkan ke Hospital Sibu.

“Bagaimanapun, pihak hospital memaklumkan bahawa mangsa kedua disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Zon Merah Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Sibu,” jelasnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata pemandu pikap ditahan bagi membantu siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan