Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jojo bangga dilahirkan sebagai warga Malaysia dan berjuang demi menaikkan nama negara menerusi Muay Thai. Foto: Muhammad Johan Ghazali (FB)

‘Tidak perlu tanya dari negeri mana, saya orang Malaysia’ – Jojo

BySaibi Gi

KUCHING, 14 Dis: Jaguh Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali atau lebih terkenal dengan panggilan Jojo mahu dikenali sebagai ‘anak Malaysia’ apabila sering diajukan pertanyaan beliau ‘berasal dari negeri mana’.

Remaja berumur 17 tahun itu menjelaskan tidak perlu wujud persoalan dari negeri mana beliau dilahirkan kerana ia kurang penting dari aspek perjuangannya menaikkan nama Malaysia di pentas Muay Thai antarabangsa.

“Anda tidak patut kisah pun saya berasal dari mana, saya dari Perak atau dari Semenanjung atau dari Sarawak atau dari Sabah atau dari Pulau Pinang yang penting saya orang Malaysia.

“Saya bangga jadi orang Malaysia. Kalau saya ‘fight’ pergi mana-mana saya bawa bendera Malaysia,” katanya menerusi rakaman video dengan kapsyen ‘Jojo anak?’ yang disiarkan di Facebook Muay Thai Malaysia, hari ini.

Jojo berkata, datuknya berasal dari Perak manakala bapanya dibesarkan di Kuala Lumpur. Beliau dan keluarganya kini tinggal di Kuching.

“Untuk mereka yang selalu bertanya, Johan dari mana dan untuk orang yang komen macam tahniah anak Perak, anak Sarawak, tak payah cakap begitu, cakap saja tahniah anak Malaysia sebab saya bangga jadi orang Malaysia.

“Kita semua patut bersatu padu sebab tak kisah la dari negeri mana yang penting kita orang Malaysia,” katanya.

Nama Jojo kian meningkat naik dalam sukan Muay Thai setelah mencatat kemenangan ‘knockout 36 saat’ ke atas jaguh dari Mexico, Edgar Tabares pada Sabtu lalu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan