Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang remaja lelaki maut apabila motosikal ditunggangnya dipercayai terbabas dan terjatuh ke dalam longkang besar di Jalan Kampung Permindahan dekat Marudi, hari ini. Foto IPD Marudi

Remaja maut kemalangan motosikal terbabas masuk longkang

MARUDI, 14 Dis: Seorang remaja lelaki maut apabila motosikal ditunggangnya dipercayai terbabas dan terjatuh ke dalam longkang besar di Jalan Kampung Permindahan dekat sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Marudi, Deputi Superintendan Mohd Ruslan Mat Kib berkata mangsa dikenali sebagai Caldroney Charles, 15, merupakan seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Marudi.

“Bapa mangsa memberitahu anaknya tidak balik ke rumah sejak Rabu (13 Disember) dan dipercayai mangsa terlibat dalam kemalangan itu pada waktu malam semasa hujan lebat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Polis dimaklumkan mengenai penemuan mayat mangsa pada 7.14 pagi.

Pegawai perubatan dari Hospital Marudi mengesahkan mangsa meninggal di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian muka, katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Marudi untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Sekysen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan