Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Reaksi penduduk Palestin yang terkejut selepas serangan Israel di Rafah, selatan Gaza. Foto AFP

Penduduk Gaza kesuntukan masa dan pilihan – UNRWA

ByBernama

GENEVA, 14 Dis: Penduduk Gaza kian kesuntukan masa dan pilihan ketika mereka terus berdepan dengan pengeboman tentera Israel, kehilangan insan tersayang dan diancam wabak penyakit, kata Pesuruhjaya Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini.

“Mereka sedang menghadapi babak paling gelap dalam sejarah mereka sejak 1948. Dan ia adalah sejarah yang menyakitkan,” katanya di Forum Pelarian Global, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Beliau berkata penduduk Gaza kini bersesak-sesak di kawasan kurang satu pertiga daripada wilayah asal berhampiran sempadan Mesir.

Pesuruhjaya itu berkata untuk beranggapan bahawa penduduk Gaza akan mampu bertahan dalam menghadapi keadaan yang tidak dapat didiami itu adalah tidak realistik.

Lazzarini berkata Rafah yang dahulunya tempat tinggal untuk 280,000 penduduk kini menempatkan lebih sejuta rakyat Palestin.

“Kami memerlukan gencatan senjata kemanusiaan segera di Gaza dan menamatkan kepungan untuk membolehkan kemasukan bantuan yang mencukupi. Saya di sini menyambut baik sokongan luar biasa 153 negara anggota PBB pada Perhimpunan Agung menggesa gencatan senjata kemanusiaan segera,” katanya.

Beliau juga menegaskan keperluan untuk melaksanakan bantuan kemanusiaan yang sesuai.

“Apa yang boleh ditawarkan oleh 100 trak setiap hari kepada 2.2 juta orang? Perbincangan peringkat tinggi mengenai jumlah trak setiap hari telah mengambil begitu banyak masa dan tenaga sehingga saya tidak mempunyai jawapan kepada seorang bapa kepada lima anak di Rafah yang bertanya kepada saya bagaimana beliau dan anak-anaknya boleh bertahan hidup dengan satu tin kacang untuk tiga hari .

“Kami masih jauh daripada respons kemanusiaan yang mencukupi,” kata Lazzarini yang dipetik WAFA. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan