Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kemalangan dekat Engkilili membabitkan sebuah kereta dan lori yang mengorbankan seorang pemuda pada pagi ini. Foto: Jabatan Bomba dan Penyelamat

Rempuh belakang lori, seorang maut kemalangan dekat Engkilili

ByJennisey Mike

ENGKILILI, 13 Dis: Seorang penumpang terkorban apabila kereta yang dinaikinya dipercayai merempuh belakang sebuah lori yang diletakkan di bahu jalan di lokasi berhampiran Sekolah Kebangsaan Sedarat di sini.

Menurut Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, mangsa, Bong Kuet Leong berumur 16 tahun disahkan meninggal dunia dalam kemalangan pagi ini oleh pasukan perubatan dari Kementerian Kesihatan.

Lori berkenaan sedang melakukan kerja memunggah barang-barang untuk pembinaan jejantas di kawasan tersebut.

“Kemalangan itu menyebabkan seorang mangsa tersepit di tempat duduk penumpang ruang hadapan kereta. Mangsa dikeluarkan oleh anggota bomba pada 9.30 pagi menggunakan peralatan khas,” katanya menerusi kenyataan.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Pemandu kereta berkenaan dikeluarkan orang awam dan dibawa ke hospital sebelum pihak bomba tiba di lokasi,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan