Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah melancarkan buku pada Majlis Pelancaran Buku "Life Senses" oleh Esther Law Lee Poh. Foto: TVS

MTCP teruskan usaha sedia persekitaran kondusif untuk perkembangan industri kreatif

KUCHING, 12 Dis: Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP) sentiasa berusaha menyediakan persekitaran yang kondusif untuk perkembangan semangat keusahawanan, kreativiti dan seni di kalangan rakyat Sarawak.

Menterinya, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kejayaan yang dilakar Esther Law Lee Poh dalam menerbit naskah berjudul ‘Life Senses’ membuktikan potensi dan peluang besar bidang industri kreatif Sarawak yang sedang berkembang baik.

Katanya, pencapaian itu berupaya untuk dijadikan motivasi kepada mereka yang mempunyai minat sama untuk terus cemerlang dalam industri berkenaan.

“Kami berusaha untuk memupuk persekitaran yang mana bakat muda kami boleh berkembang, berinovasi dan mentakrifkan semula sempadan ekspresi kreatif menjadi bukti sokongan tidak berbelah bahagi kami kepada bidang seni, kesusasteraan dan keusahawanan.

“Menjadi harapan kita pelancaran buku “Life Senses” ini akan memberi inspirasi kepada kelompok industri kreatif tempatan kita dalam menuju ke arah masa depan yang dipenuhi dengan kreativiti tanpa had dan semangat keusahawanan,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Buku “Life Senses” oleh Esther Law Lee Poh di sini, malam tadi.

Abdul Karim berkata, sejajar dengan usaha itu untuk masa hadapan, mereka yang mempunyai minat serupa perlu bersama-sama menyelami potensi tanpa had alam seni, semangat kreatif serta nilai keusahawanan dalam sektor berkenaan.

Keadaan itu katanya, mampu memupuk dan membentuk generasi artis dan usahawan yang yang mempunyai cita-cita tinggi yang penuh dengan kreativiti serta kepintaran untuk melakar kejayaan serupa dalam industri tersebut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan