Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Taman Negara Dered Krian antara salah satu kawasan yang diiktiraf sebagai Sarawak Delta Geopark. Foto: TVS

Sarawak Delta Geopark bakal diiktiraf Geopark Global UNESCO pada 2026

KUCHING, 8 Dis: Sarawak menyasarkan untuk mencalonkan Sarawak Delta Geopark (SDGp) sebagai UNESCO Geopark (UGGp) pada 2024 dan menjangkakan mendapat pengiktirafan itu menjelang 2026.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, ketika ini Sarawak sedang menyediakan dokumen untuk pencalonan SDGp sebagai Geopark Global UNESCO.

Menurut Len, sebagai persediaan ke arah pengiktirafan global, Jawatankuasa tadbir urus SDGp telah menyediakan sebuah ‘roadmap’ yang komprehensif bagi mencapai tujuan tersebut.

“Insha-Allah dengan kerjasama dan usaha semua, kita akan dapat mencapai matlamat untuk menjadikan Sarawak Delta Geopark ini menjadi kenyataan dan keputusannya mungkin pada Julai atau tahun hadapan.

“Dengan pengiktirafan sebagai geopark di peringkat kebangsaan pada 20 Julai 2022 yang lalu pelbagai aktiviti serta sesi libat urus telah diadakan oleh SDGP,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap ketika menyempurnakan Majlis Makan Malam Bersama Sarawak Delta Geopark Di Hotel Damai Lagoon, pada Jumaat.

Tambah beliau, Sarawak akan menjadikan Hutan Batu Kunming daripada China sebagai penanda aras untuk memperoleh pengiktirafan UNESCO Global pada tahun 2026.

“Pada tahun 2006,saya telah melawat Hutan Batu di Kunming (China). Waktu itu saya tidak begitu menghargai tapak warisan tersebut. Sebaliknya saya menghargai struktur hutan batu yang begitu unik di Geopark Tersebut.

“Saya telah diberitahu bahawa hutan batu tersebut telah diiktiraf oleh UNESCO. Jadi saya mencadangkan kepada Jawatankuasa Sarawak Delta Geopark untuk menjadikan Hutan Batu Kunming menjadi penanda aras untuk mendapat pengiktirafan di peringkat global,” ujarnya.

Kawasan Delta Sarawak yang terletak di selatan negeri itu diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan yang keenam di bawah Program Pembangunan Geopark Kebangsaan pada 20 Jun tahun lepas.

Berkeluasan 3,112 km persegi, Geopark Kebangsaan Delta Sarawak kaya dengan keunikan landskap batuan (28 geotapak), kepelbagaian biologi (12 biotapak) dan budaya (14 tapak budaya).

Pengiktirafan keenam itu adalah selepas Geopark lembah Kinta dan Geopark Lenggong, Perak, Geopark Kebangsaan Jerai, Kedah, Geopark Kebangsaan Kinabalu Sabah, dan Geopark Kebangsaan Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan