Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Billy Sujang merakam kenangan bersama tetamu yang hadir semasa Majlis Penyerahan Bantuan Baucar Pakaian Seragam Sekolah Yayasan Sarawak di Lundu pada Sabtu. Foto: TVS

Inisiatif perkenal penilaian seperti UPSR, penentu hala tuju anak Sarawak

LUNDU, 9 Dis: Inisiatif kerajaan Sarawak untuk memperkenalkan sistem peperiksaan menyerupai Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bakal beri manfaat kepada anak-anak Sarawak.

Ini kerana menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Billy Sujang, sistem UPSR merupakan kaedah penentu hala tuju pembelajaran anak-anak Sarawak.

Kata Billy ia merupakan satu modul penilaian murid-murid sekolah rendah di negeri ini yang akan memberi tumpuan terhadap penilaian mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Billy Sujang menyerahkan bantuan baucer kepada penerima semasa Majlis Penyerahan Bantuan Baucer Pakaian Seragam Sekolah Yayasan Sarawak di Lundu pada Sabtu. Foto: TVS.

Tambahnya setelah tamatnya ujian tersebut maka mereka boleh memilih untuk meneruskan pelajaran ke aliran yang bersesuaian dengan pencapaian serta bakat diri sendiri.

“Selepas tamat darjah 6 mungkin mereka diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah yang lebih baik termasuklah MRSM, sekolah berasrama penuh, sekolah sains dan sebagainya jadi ini kebaikannya,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui media selepas Majlis Penyerahan Bantuan Baucer Pakaian Seragam Sekolah Yayasan Sarawak di Lundu pada Sabtu.

Menurut Billy, sekiranya pelajar tersebut berkelayakkan untuk memasuki kelas berasakan teknik dan teknologi, maka mereka boleh memasuki bidang TVET yang selaras dengan usaha kerajaan untuk membangunkan negeri Sarawak menjelang tahun 2030 dan juga sasaran 2050.

“Jadi kita mahu anak-anak kita sekarang ini didedahkan kepada aliran berteknologi tinggi macam teknik dan vokasional supaya ia seiringan dengan arus perdana untuk membangunkan Sarawak menjelang tahun 2030 dan juga sasaran 2050,” jelasnya.

Untuk rekod, sebanyak sembilan buah sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah menerima bantuan baucar pakaian seragam sekolah Yayasan Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan