Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yunus bergambar bersama pasukan Pejabat Daerah dan Residen (Jaresda). Foto, TVS.

COVID-19: Limbang terkawal, belum berada tahap zon kuning

LIMBANG, 9 Dis: Keadaan semasa berkaitan COVID-19 di Bahagian Limbang masih terkawal serta belum berada pada tahap zon kuning.

Residen Bahagian Limbang yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Limbang, Yunus Tambi berkata orang ramai perlu mendapatkan maklumat sahih daripada pihak berwajib seperti Pejabat Residen dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung keadaan terkini COVID-19 di bahagian ini.

“Jangan percaya khabar angin mengenai COVID-19 di Limbang sebaliknya dapatkan segala maklumat sahih daripada pihak berwajib seperti Pejabat Residen dan KKM.

“Bahagian Limbang belum lagi sampai ke zon kuning sebenarnya,” katanya ketika ditemui pada Kejohanan Olahraga purnama Sport Carnival (PURSCAR) 2023 di Kompleks Sukan Limbang hari ini.

Terdahulu kejohanan berkenaan telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Dato Paulus Palu Gumbang di sini.

Sementara itu, Yunus berkata demikian ketika diminta mengulas  laporan Limbang kini berada pada zon kuning COVID-19 seperti yang disebarkan dalam aplikasi WhatsApp.

Tambahnya pihaknya giat memantau perkembangan dan keadaan semasa berkaitan COVID-19 di bahagian ini dan masih menunggu laporan lanjut dari pihak KKM.

“Saya belum mendapat laporan terperinci daripada KKM tapi memang ada kes pengasingan (isolate) dan bukan zon kuning, ‘isolated’ kes saja.

“Semuanya dalam keadaan terkawal kerana kebanyakkan kita telah mendapat  suntikan vaksinasi,” katanya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan