Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anyi Jana berucap pada 'Sesi Bertemu Rakyat' di Rumah Lawrence Angking pada Khamis. Foto, Pusat Khidmat N.49 Ngemah.

69 rumah panjang di Ngemah belum ada bekalan air bersih

KANOWIT, 9 Dis: Kira-kira 69 buah rumah panjang di kawasan Ngemah di sini didapati belum menikmati bekalan air terawat, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah, Anyi Jana.

“Masih terdapat 69 rumah panjang yang dikenal pasti masih belum mendapat bekalan air bersih terawat.

“Saya giat membawa isu ini kepada pihak yang relevan dan berusaha untuk mendapatkan kemudahan asas ini secepat mungkin.

“Selain itu, kerajaan akan cuba memastikan setiap persimpangan jalan menuju ke kawasan rumah atau kampung akan ditar walaupun mengambil masa dengan bajet yang terhad,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada ‘Sesi Bertemu Rakyat’ di Rumah Lawrence Angking pada Khamis.

Beliau dalam pada itu berkata akan berusaha memastikan penduduk di kawasan berkenaan menikmati pembangunan, bantuan, dan ekonomi sosial yang sewajarnya pada masa hadapan.

Sementara itu, bagi laluan ke kawasan Nanga Trusa menuju ke rumah panjang itu, Anyi berkata ia akan diberi keutamaan kerajaan dan pihaknya akan membincangkan perkara itu dengan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Majlis menyaksikan Anyi mengumumkan peruntukan projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada rumah panjang 12 pintu itu berjumlah RM6,000 dengan Biro Wanitanya menerima RM3,000.

Hadir sama Timbalan Pengerusi Parti Rakyat Sarawak (PRS) Ngemah, Ramba Resang dan Ketua Wanita PRS Ngemah, Mutang Kerani. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan