MIRI, 8 Dis: Lembaga Air Kawasan Utara (LAKU) Management Sdn Bhd hari ini menegaskan bahawa pihaknya belum lagi membekalkan air ke negara Brunei Darussalam.
Sehubungan itu, kenyataan LAKU memperbetulkan berita berkaitan ‘Sarawak Salur Bekalan Air ke Negara Brunei Darussalam’ adalah laporan tidak benar.
“Kenyataan sebenar yang ingin disampaikan oleh pihak LAKU Management ialah LAKU Management bersedia membekalkan air kepada negara Brunei Darussalam sekiranya ada permintaan.
“LAKU Management turut menyesali perkara ini sehingga menimbulkan kekeliruan bagi pihak negara Brunei Darussalam,” tegas kenyataan berkenaan.. – TVS