Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang peniaga nasi ditemui berlumuran darah dengan 27 kesan tikaman pada badan di tempat letak kereta sebuah apartmen di Jelutong di sini semalam. Foto: TVS

Tiga kawan rapat mangsa tetak 27 kali jadi suspek utama

GEORGE TOWN, 6 Dis: Tiga individu termasuk seorang wanita ditahan polis apabila didapati menjadi suspek utama kes seorang peniaga nasi ditikam 27 kali pada badan di tempat letak kereta sebuah apartmen di Jelutong di sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan V. Saravanan berkata, suspek berusia 29 hingga 42 tahun itu ditahan di sekitar Jelutong kira-kira pukul 7.30 malam sebaik kejadian itu berlaku.

“Mereka yang merupakan dua lelaki dan seorang wanita adalah kawan rapat mangsa.

“Suspek direman selama tiga hari sehingga 8 Disember (Jumaat) bagi siasatan lanjut termasuk bagi mengetahui motif kejadian,” katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu, media melaporkan seorang peniaga nasi ditemui berlumuran darah dengan 27 kesan tikaman pada badan di tempat letak kereta apartmen di Jelutong kira-kira pukul 6 petang semalam.

Mangsa lelaki berusia 60 tahun itu disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang di sini semalam.

Siasatan polis mendapati, mangsa telah didatangi dua lelaki bermotosikal sebelum salah seorang bertindak menikam pada dada, leher dan abdomen dengan sebilah pisau pendek sebelum melarikan diri.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan