Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ringgit ditutup rendah hari ini berbanding dolar AS, seiring mata wang negara pesat membangun yang lain. Foto,Bernama.

Aktiviti belian pacu dagangan Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini

ByBernama

KUALA LUMPUR, 6 Dis: Aktiviti membeli pada sesi awal dagangan pagi ini membantu memacu pemulihan Bursa Malaysia untuk memulakan urus niaga tinggi di tengah-tengah keyakinan pelabur bahawa pengurangan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) akan berlaku lebih awal daripada jangkaan.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) memperoleh 1.69 mata kepada 1,451.15 daripada penutupan Selasa 1,449.46.

Indeks utama menambah 1.45 mata pada 1,450.91 semasa sesi pembukaan dagangan.

Pergerakan harga di pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 145 berbalas 101, manakala 216 kaunter tidak berubah, 1,852 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 80.21 juta unit bernilai RM48.08 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata laporan mengenai pembukaan pekerjaan AS pada hari perniagaan terakhir Oktober, yang jatuh ke paras terendah sejak awal 2021, memungkinkan Rizab Persekutuan menamatkan kitaran naik kadar faedahnya, malah penurunan kadar dijangka boleh dilihat seawal Mac tahun hadapan.

Sementara di dalam negara, Ketua Penyelidikan Rakuten Trade Kenny Yee mengunjurkan FBM KLCI kekal stabill dan berlegar dalam julat 1,445-1,455 untuk hari ini.

Bagi saham wajaran tinggi, Petronas Chemicals menambah enam sen kepada RM7.13, CIMB menokok empat sen kepada RM5.79 manakala Public Bank, Maybank dan Genting masing-masing peroleh dua sen kepada RM4.27, RM9.03 dan RM4.60.

Saham paling aktif pula, Sarawak Consolidated, Reneuco dan Sunzen Biotech, kesemuanya meningkat setengah sen kepada 78.5 sen, 22 sen dan 30.5 sen.

Reach Energy dan Eduspec pula tidak berubah, masing-masing mencatatkan harga 3.5 sen dan 6.5 sen manakala Zelan meraih satu sen kepada 6.0 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas mengembang 10.67 mata kepada 10,693.04, Indeks FBMT 100 meningkat 10.63 mata kepada 10,363.69, Indeks FBM 70 meraih 8.21 mata kepada 14,033.48 dan Indeks ACE FBM peroleh 7.13 mata kepada 5,085.94.

Bagaimanapun, Indeks FBM Emas Syariah kerugian 8.54 mata kepada 10,828.13.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan mengukuh 53.21 mata kepada 16,393.50, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.45 mata menjadi 170.28, Indeks Perladangan meningkat 3.75 mata kepada 6,992.65 tetapi Indeks Tenaga turun 3.70 mata kepada 805.52. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan