Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang. Foto: Bernama.

KPN anjur lebih 600 program pupuk perpaduan rakyat – Aaron

ByBernama

KUALA LUMPUR, 5 Dis: Kementerian Perpaduan Negara (KPN) telah menganjurkan lebih 600 program setakat November lepas dalam usaha memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat, kata Menterinya Datuk Aaron Ago Dagang.

“Sehingga November, KPN telah menganjurkan lebih 600 program dan sekarang ini kita bersama agensi lain seperti Jabatan Muzium Negara, Perpustakaan Negara dan beberapa yayasan bagi memperhebatkan lagi program ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu pada program Selamat Pagi Malaysia terbitan RTM yang disiarkan di saluran TV1 hari ini sempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI hari ini.

Aaron berkata program perpaduan itu merangkumi Program Semarak Kenegaraan, Semarak Perpaduan dan Komuniti Rahmah yang menjurus kepada usaha mencapai perpaduan.

Beliau berkata KPN memberi tumpuan kepada kesejahteraan dan kebudayaan selaras dengan konsep Malaysia MADANI yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menyentuh mengenai Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Aaron berkata ia antara jentera utama KPN dan sehingga kini terdapat lebih 800 KRT di seluruh negara.

Beliau berkata KPN juga berhasrat untuk menjadikan KRT lebih progresif dengan melibatkan mereka dalam aktiviti ekonomi.

“KRT juga fokus kepada lapan inisiatif iaitu keselamatan komuniti, pendidikan sepanjang hayat, ekonomi dan sara hidup, daya cipta, alam sekitar, kepimpinan, kesejahteraan hidup serta warisan dan budaya,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan