Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan keselamatan melepaskan gas pemedih mata semasa demonstrasi penunjuk perasaan di Imphal, negeri timur laut India, Manipur, dalam suasana keganasan etnik yang berterusan. Foto: AFP

13 terbunuh dalam keganasan terbaharu di Manipur, India

ByBernama

NEW DELHI, 5 Dis: Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dalam kejadian berbalas tembakan antara dua kumpulan militan di negeri Manipur di timur laut India pada petang Isnin.

Pertempuran itu berlaku di kampung Leithu di daerah Tengnoupal berhampiran sempadan Myanmar.

“Sekumpulan militan dalam perjalanan ke Myanmar diserang hendap oleh satu lagi kumpulan pemberontak yang dominan di kawasan itu,” Agensi Berita PTI memetik kenyataan seorang pegawai yang tidak dinamakan.

Bagaimanapun identiti mangsa masih belum dikenal pasti.

Keganasan etnik antara kumpulan majoriti Meitei dan minoriti suku kaum Kuki-Zo di Manipur meletus pada Mei lepas.

Walaupun pasukan keselamatan India ditempatkan dalam bilangan yang besar di Manipur, keganasan tetap berlaku di negeri itu dari masa ke masa.

Komuniti Kuki-Zo baru-baru ini mengadakan protes jalanan untuk menuntut pentadbiran berasingan bagi kawasan yang dikuasai etnik itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan