Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata antara kumpulan sasaran dalam usaha menyebarkan kesedaran bahaya penyalahgunaan dadah ialah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dan  jawatankuasa masjid serta gereja. Foto: TVS

PEMADAM gandakan usaha sebar kesedaran bahaya penyalahgunaan dadah

KUCHING, 4 Dis: Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Sarawak akan terus berusaha membanteras penyalahgunaan dadah dengan memperhebatkan program-program kesedaran mengenai bahaya penggunaannya.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata antara kumpulan sasaran bagi menyebarkan kesedaran ialah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dan jawatankuasa masjid serta gereja.

Bagi melaksanakan peranan, PEMADAM bekerjasama dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“PEMADAM peranannya adalah lebih kepada memupuk kesedaran sebab itu sasaran kita bukannya kepada nak menangkap orang,” katanya pada sidang media sempena Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras PEMADAM SARAWAK di sini, hari ini.

Abdul Karim yang juga Pengerusi PEMADAM Sarawak berkata pelbagai langkah advokasi telah dilakukan bagi meningkatkan kesedaran tentang bahaya dadah kepada masyarakat.

“Banyak aktiviti yang telah kita adakan bagi mendekati golongan remaja masa kini. Kita akan atur program sukan, bulan puasa kita atur program bubur lambuk. Di situ  poster akan diletakkan “jauhilah dadah” dan sebagainya supaya ia dapat masuk dalam minda.

“Dapat kita lihat daripada usaha-usaha yang dilakukan masalah dadah di negeri Sarawak tidaklah begitu besar sekali. Sarawak dari segi indeksnya indeks jenayah dadah adalah negeri keempat paling rendah,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan