Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. Foto: TVS.

DUN: Operator inap desa Sarawak jana hasil lebih RM2.6 juta

ByMadeline Dugat

KUCHING, 28 Nov: Operator Inap desa di Sarawak berjaya menjana hasil berjumlah RM2.6 juta dengan 28, 580 pengunjung direkodkan dari Januari hingga September 2023.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kementeriannya telah melaksanakan inisiatif ekopelancongan dan pelancongan berasaskan komuniti untuk membangunkan ekopelancongan di Sarawak selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS 2030).

“Sehingga November 2023, Sarawak telah mendaftarkan 49 homestay kluster, terdiri daripada 689 operator dengan jumlah 1,481 bilik,”katanya dalam ucapan penggulungannya pada hari ketujuh Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini hari ini.

Selain itu, tambah beliau dua kluster Kampungstay Baharu telah diperkenalkan dengan menampilkan tiga operator dan 20 bilik.

Katanya sehingga kini, kira-kira 160 peserta dalam kalangan ‘homestay’ operator, pemandu pelancong dan penguasaha bot telah menghadiri kursus tersebut dan program kesedaran.

Antara kursus yang diadakan ialah Hospitality Training, Marketing and Product Packages Training, Event Management Training, Craft-Making Working and Safety dan Life Saving Skills Training.

Sementara itu, jumlah pemandu pelancong berlesen di Sarawak telah meningkat daripada 173 pada 2019 kepada 364 melepasi sasaran 300 pemandu pelancong menjelang 2030 manakala Regional Specific Tourist Guides (RSTG) telah meningkat daripada 219 kepada 224 pada 2023 berbanding sasaran sebanyak 400 seperti yang ditetapkan dalam PCDS 2030. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan