Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Beberapa kawasan di Sarawak dijangka akan turut terkesan dengan perubahan monsun yang bermula Isnin ini.
KPWK melalui JKMS bersiap sedia menghadapi musim monsun timur laut.

DUN: JKMS siap sedia hadapi musim monsun timur laut

ByAhmad Azlan Shah

KUCHING, 28 Nov: Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak (KPWK) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) bersedia menghadapi musim monsun timur laut, kata menterinya, Dato Sri Fatimah Abdullah.

Beliau berkata, setakat ini sebanyak 653 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah pun diluluskan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (SDMC) di seluruh Sarawak.

“PPS yang telah diluluskan SDMC boleh menempatkan seramai 162,091 mangsa bencana pada satu-satu masa.

“Terdapat 29 pangkalan hadapan juga telah dilengkapkan dengan stok bekalan makanan kering dan keperluan asas bagi persediaan bantuan segera sekiranya berlaku bencana yang tidak dijangka,” katanya dalam ucapan penggulungan bagi kementeriannya di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

Fatimah berkata, sebanyak RM53 juta telah diperuntukkan untuk pelbagai bantuan kebajikan termasuk bantuan bencana seperti tertera di dalam Belanjawan 2024.

Selain itu, KPWK juga telah menyediakan fasiliti Tempat Transit Gelandangan (TTG) di mana 97 gelandangan di selamat, di pulih dan dikembalikan kepada keluarga mereka.

“Ini merupakan usaha TTG Sibu semenjak mula beroperasi dari Februari 2022. Usaha ini juga telah menampakkan kesan positif dari segi jumlah gelandangan yang berkurangan di bandar Sibu, kecuali gelandangan yang mengalami gangguan masalah mental,” katanya.

Fatimah juga memaklumkan bahawa kerja-kerja pengubahsuaian premis untuk TTG Kuching dan Miri akan siap pada Mei 2024, manakala pembinaan TTG atau Community Social Support Centre (CSSC) Bintulu pula dijangka siap sepenuhnya pada Mei 2025.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan