Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Digital, Datuk Wilson Ugak Kumbong. Foto: TVS

Parlimen: Hormati Dewan Rakyat, henti guna ungkapan kafir – Wilson Ugak

ByLuqman Muhammad

KUALA LUMPUR, 21 Nov: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Wilson Ugak Kumbong memohon agar Ahli Parlimen terutamanya yang baharu agar tidak menggunakan perkataan sensitif ketika sidang berbahas.

Wilson Ugak berkata, ini sebagai menghormati persidangan Dewan Rakyat.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Hulu Rajang itu berkata, perkara ini disuarakan berikutan terdapat ungkapan sensitif yang dilontarkan oleh sesetengah ahli parlimen dan dikhuatiri boleh menggugat keharmonian negara.

“Cukuplah rakan-rakan saya, Ahli Parlimen yang baharu, kalau hendak berucap di parlimen sebagai wakil rakyat, gunakan dewan yang mulia sebagai tempat untuk memberi pandangan dan teguran yang terbaik supaya parlimen menjadi platform untuk menyuarakan keperluan rakyat, bukannya kafir dan mengkafirkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada TVS ketika ditemui di pejabatnya di Parlimen di sini, hari ini.

Dalam pada itu Wilson Ugak berkata, Sarawak merupakan negeri yang menjadi contoh perpaduan di Malaysia meskipun hidup berbilang agama dan bangsa.

“Sarawak, kalau orang Semenanjung Malaysia hendak datang, (saya jemput mereka) kerana kita mempunyai ciri-ciri perpaduan yang baik.

“Kita boleh duduk bersama dengan kawan – kawan berlainan agama malah kita boleh makan bersama dan berbual di bawah satu bumbung, itulah Sarawak,” ujarnya lagi.

Pada sidang bulan lepas, Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Ahmad Marzuk Shaary ketika berbahas yang didakwa menyebut ‘DAP kafir’ yang seterusnya mencetuskan kekecohan di Dewan Rakyat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan