Kementerian Dalam Negeri memperuntukkan RM54.6 juta untuk perolehan sewaan kamera litar tertutup (CCTV) bagi tempoh tiga tahun di 83 pintu masuk antarabangsa negara.Foto hiasan, Envato.

Parlimen: RM18.3 juta dibelanja untuk CCTV di pintu masuk negara di Sabah, Sarawak

ByLuqman Muhammad

KUALA LUMPUR, 20 Nov: Kementerian Dalam Negeri memperuntukkan RM54.6 juta untuk perolehan sewaan kamera litar tertutup (CCTV) bagi tempoh tiga tahun di 83 pintu masuk antarabangsa negara.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, jumlah berkenaan meliputi perolehan bagi pakej Semenanjung Malaysia sebanyak RM36.3 juta serta pakej Sabah dan Sarawak yang turut meliputi Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Lubok Antu sebanyak RM18.3 juta.

Kata beliau, proses perolehan itu bermula pada Oktober 2023.

“Pemasangan CCTV penting dan kritikal untuk pemantauan keselamatan bagi semua ICQS selaras dengan statusnya sebagai kawasan larangan seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Kawalan Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959,” katanya.

ICQS Lubok Antu tidak dilengkapi CCTV dan internet – Ahli Parlimen Lubok Antu

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Roy Angau Gingkoi (Gabungan Parti Sarawak – Lubok Antu) pada sidang Parlimen hari ini.

Sementara itu, Shamsul Anuar memberitahu, kemudahan CCTV akan meningkatkan kawalan keselamatan daripada pencerobohan di samping mengawasi keselamatan pengembara yang menggunakan pintu masuk negara.

“Selain itu CCTV juga akan membantu ke arah perkhidmatan yang cekap di ICQS,” katanya.

Terdahulu Roy Angau ingin tahu sama ada kerajaan mempunyai perancangan untuk menambah baik ICQS Lubok Antu yang tidak mempunyai CCTV dan selain tiada akses internet ketika ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan