Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Parlimen Lubok Antu, Roy Angau Gingkoi. Foto fail: TVS.

ICQS Lubok Antu tidak dilengkapi CCTV dan internet – Ahli Parlimen Lubok Antu

ByFebbright James

KUALA LUMPUR, 19 Okt: Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Lubok Antu tidak dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) dan internet, demikian menurut Ahli Parlimen Lubok Antu, Roy Angau Gingkoi.

Menurutnya, CCTV dan internet merupakan perkara asas yang wajar dilengkapi di semua ICQS bagi memperkasakan tahap penjagaan keselamatan di sempadan negara.

“Pekan Lubok Antu menerima jumlah kemasukan pelawat dan peniaga yang tinggi (jumlahnya) dari Badau, Indonesia terutamanya pada hujung minggu.

“Kebanyakan peniaga dari Indonesia ini masuk ke Malaysia setiap minggu untuk menjual hasil-hasil kraftangan di pekan Lubok Antu,” katanya pada sesi perbahasan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat hari ini.

Justeru, beliau berharap agar kerajaan menerusi Belanjawan 2024 akan menaik taraf infrastruktur, kemudahan dan kelengkapan di ICQS berkenaan.

Malah, keperluan naik taraf itu wajar dilaksanakan selari dengan pemindahan ibu kota Indonesia ke Nusantara, Kalimantan Timur yang pasti meningkatkan jumlah pelawat keluar dan masuk di ICQS sepanjang sempadan.

Sementara itu, Roy turut berharap agar kerajaan mempertimbangkan pembinaan jalan raya sepanjang sempadan Sarawak-Kalimantan.

“Indonesia telah memulakan pembinaan jajaran jalan di sempadan negara Indonesia-Malaysia melalui pembinaan jalan nasional Badau-Empanang yang terletak di wilayah Kapuas Hulu, Kalimantan Barat,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan