Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing menyaksikan penyerahan terakhir projek RTP di SMK Kai Chung kepada Pengetua SMK Kai Chung, Nguang Seng. Foto: TVS

Masalah rakyat fokus utama ADUN Meradong pada persidangan DUN kali ini

BINTANGOR, 20 Nov: Isu-isu penting berkaitan permasalahan rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Meradong akan terus diberi perhatian dan tumpuan utama bagi dibentangkan dalam persidangan DUN kali ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata, perkara berkenaan merupakan salah satu fokus utamanya sejajar dengan hasrat untuk memastikan keperluan dan kesejahteraan rakyat sentiasa terjamin.

“Pada persidangan DUN kali ini, saya akan terus memberi tumpuan terhadap isu-isu berkaitan permasalahan rakyat di kawasan saya. Bagi saya persidangan kali ini sangat penting dan menjadi peluang terbaik kepada saya untuk memperjuangkan nasib rakyat Meradong.

“Saya juga berharap persidangan kali ini membawa lebih banyak khabar yang mengembirakan untuk seluruh rakyat termasuk di kawasan saya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, keprihatinan Kerajaan Sarawak terbukti dengan sejumlah besar peruntukan yang diluluskan bagi pelaksanaan pelbagai projek pembangunan untuk Meradong.

Jelasnya, peruntukan berkenaan adalah bagi membangunkan prasarana kemudahan bagi meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat di DUN Meradong.

“Sehubungan itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg kerana meluluskan peruntukan untuk pelbagai projek rakyat di kawasan saya.

“Semua projek yang dilaksanakan itu amat menggembirakan penduduk Meradong. Saya juga berharap semoga permohonan baharu yang dibawa dalam persidangan kali ini mendapat perhatian sewajarnya daripada Kerajaan Sarawak,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Kuong Hiing sempat meninjau Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) bernilai RM80,000 bagi naik taraf bumbung tambahan dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kai Chung walaupun sibuk melakukan persiapan untuk menghadiri persidangan DUN. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan