Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Haironi Benjamin berkongsi pengalaman berniaga pada Ekspo NTFP dengan wartawan TVS. Foto Connie Grace (TVS).

Peniaga baju kemeja batik linut raih jualan RM18,000 hari terakhir Ekspo NTFP

ByConnie Grace

KUCHING, 19 Nov: Sejak menyertai Ekspo Hasil Hutan Bukan Kayu (NTFP) Zon Tengah, Haironi Benjamin mengaku dia tidak menang tangan menerima tempahan baju kemeja lelaki yang diperbuat daripada batik linut.

Usahawan dari Kampung Tellian Tengah, Mukah itu berkata, ‘lonjakan’ tempahan terus diterima termasuk pada hari ini yang merupakan hari terakhir ekspo berkenaan apabila merekodkan jualan mencecah RM18,000.

Selain itu katanya, dia turut menerima banyak tempahan untuk kain, shawl dan tali leher.

“Sepanjang ekspo ini bermula, produk batik linut mendapat permintaan tinggi daripada pengunjung.

“Produk batik linut yang paling laris ialah kemeja lelaki, kain meter dan shawl,” katanya kepada TVS.

Antara baju batik yang dihasilkan menggunakan linut, kini beberapa produk turut diberi fokus utama iaitu baju kemeja lelaki, scaf, tali leher dan blouse. Foto, Connie Grace (TVS).

NTFP anjuran Jabatan Hutan Sarawak berlangsung di Plaza Merdeka bermula 11 November lepas berakhir hari ini.

Haironi berkata, jualan tinggi yang direkodkan itu telah melayakkan dia menerima Anugerah Jualan Tertinggi sempena Ekspo NTFP.

Sementara itu Haironi berkata, dia juga telah mempelbagaikan produk tekstilnya.

“Selain baju batik linut, saya turut memberi fokus kepada baju kemeja lelaki, tali leher dan scarf  yang dijadikan cenderahati korporat,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan