Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Majlis TVS Prihatin bersempena Ulang Tahun Ke-3 TVS di Gedong, hari ini. Foto: TVS

TVS bakal miliki bangunan baharu

ByAkma Salleh

GEDONG, 11 Nov: TVS yang merupakan satu-satunya stesen televisyen milik Kerajaan Sarawak bakal memiliki sebuah bangunan baharu yang akan mula dibina pada tahun hadapan.

Perkara itu dimaklumkan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada sidang media yang diadakan selepas Majlis TVS Prihatin dan Majlis Simbolik Penyerahan Dekoder MyTV serta melawat rumah salah seorang penerima dekoder MyTV bersempena Ulang Tahun Ke-3 TVS di sini, hari ini.

“TVS akan mempunyai bangunan baharu sendiri yang akan dibina tahun depan berdekatan dengan Pusat Seni Persembahan di Dewan Undangan Negeri (DUN) yang lama dilengkapi dengan studio serta kemudahan-kemudahan baharu yang diperlukan.

“Ini kerana kini TVS mempunyai siaran luar (Live Telecast) yang sudah pasti memerlukan kemudahan untuk menerima masuk dan keluar siaran dari luar ini,” katanya.

Menjelas lanjut, Abang Johari berkata, TVS kini sedang meneroka peluang kerjasama dengan stesen TV rantau Asia seperti Indonesia dan Thailand menerusi ‘program exchange’.

“Menerusi program ini Indonesia, dan Thailand boleh menyiarkan program yang dihasilkan oleh kita (TVS) dan kita menyiarkan program yang dihasilkan mereka termasuk filem pendek supaya dapat mengangkat bakat anak seni Sarawak, selain memperkukuhkan lagi hubungan akrab antara kedua-dua pihak,” jelasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan