Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Japri Bujang Masli ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Penutupan Program AKRAB di Kuching, hari ini. Foto: Awang Azmil (TVS)

Pustaka Negeri Sarawak berperanan bekal maklumat berguna kepada masyarakat

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 9 Nov: Pustaka Negeri Sarawak mahu berperanan dalam membekalkan maklumat kepada masyarakat sepanjang masa dan memulihara warisan dokumen agar dapat menjadi rujukan dan kegunaan generasi akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka Negeri Sarawak, Japri Bujang Masli berkata melalui fungsi ini, Pustaka dapat memastikan masyarakat mengoptimumkan potensi masing-masing apabila mereka menggunakan sumber maklumat untuk mempertingkatkan ilmu pengetahuan.

“Kita menyedari bahawa persaingan pada masa kini lebih bergantung dengan penguasaan ilmu dan maklumat. Penggunaan data dapat menambah nilai kualiti kehidupan, malah menambah nilai produk dan perkhidmatan,” katanya ditemui selepas menyempurnakan Majlis Penutupan Program AKRAB di sini hari ini.

Pada masa sama beliau turut menekankan peningkatan tahap ilmu pengetahuan dalam kalangan masyarakat adalah amat penting.

Hanya melalui pembangunan sumber manusia yang memberi kepentingan kepada ilmu pengetahuan, Sarawak akan dapat bersaing dengan negara maju.

“Jika kita boleh mengubah kefahaman dan kesediaan orang Sarawak untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka supaya mereka boleh mempertingkatkan kualiti dan nilai produk dan perkhidmatan.

“Ilmu pengetahuan dapat mempertingkatkan pendapatan kita dan akan berjaya bantu hasrat Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk menjadikan Sarawak sebagai negeri maju berpendapatan tinggi,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan