ROM, 3 Nov: Itali akan menganjurkan persidangan utama mengenai kecerdasan buatan (AI) tahun depan apabila negara itu mengambil alih jawatan presiden bergilir negara Kumpulan Tujuh (G7), kata Perdana Menterinya Giorgia Meloni pada Khamis.
“Kami mahukan teknologi yang menjamin keterangkuman dan kesaksamaan,” kata Meloni pada taklimat media di Sidang Kemuncak Keselamatan AI di United Kingdom, lapor Xinhua.
“Kecerdasan buatan akan menjadi antara tema tumpuan Itali apabila negara itu mempengerusikan G7 tahun depan,” kata Meloni di media sosial.
Mesyuarat tahun depan di Itali merupakan perbincangan pertama mengenai AI di peringkat G7. Tarikh dan lokasi persidangan akan diumumkan kemudian. – TVS