Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis Israel memantau pergerakan solat Jumaat di Masjid Al- Aqsa pada 20 Oktober lepas ketika ketegangan masih berlarutan di Gaza. Foto AFP

Polis Israel tutup Masjid Al- Aqsa kepada jemaah Islam

ByBernama

BAITULMAQDIS, 24 Okt: Polis Israel pada Selasa menutup Masjid Al-Aqsa dan menghalang jemaah Islam daripada memasukinya, menurut Agensi Berita Palestin (WAFA).

Jabatan Wakaf Islam berkata polis Israel menutup semua pintu masuk yang menuju ke pekarangan masjid.

Terdahulu, pada sebelah pagi, polis Israel bertindak memperketat kemasukan dan hanya membenarkan warga emas masuk ke masjid berkenaan.

Pada masa yang sama, polis membenarkan orang Yahudi memasuki pekarangan masjid untuk menjalankan ritual, tindakan yang jelas melanggar status quo masjid itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan