Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Calon GPS Iskandar Turkee akan turut memfokuskan pembangunan infrastruktur di DUN Jepak. Foto: Mohammed Raffiq (TVS)

Pembangunan infrastruktur asas di setiap kawasan jadi keutamaan

BINTULU, 24 Okt: Pembangunan kemudahan infrastruktur asas di setiap kawasan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak turut menjadi keutamaan calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Iskandar Turkee jika terpilih menjadi wakil rakyat.

Iskandar berkata, ini termasuk memastikan jaringan jalan raya, bekalan elektrik dan air dapat dimanfaatkan oleh penduduk setempat.

“Mengenai kenapa terdapat kawasan masih belum membangun seperti Kampung Jepak, saya perlu melihat perancangan kerajaan negeri bagaimana mereka merangka pembangunan berdasarkan faktor geografi.

“Namun apa yang paling penting, setiap kawasan mempunyai infrastruktur asas yang lengkap,” katanya kepada pemberita selepas hadir ke Program Desa Cerdas anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Bahagian Bintulu di Rumah Lebung di sini hari ini.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum Kennedy Chukpai Ugon dan Tuai Rumah Lebung Luang.

Sementara itu, Iskandar mengakui penting bagi beliau untuk turun padang bagi memperkenalkan diri kepada pengundi.

“Sebagai calon baharu, program fizikal seperti dapat mendekatkan saya dengan penduduk,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan