Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
13 pegawai polis Mexico terbunuh dalam satu serangan bersenjata di negeri Guerrero, kata pejabat peguam negara, lapor Xinhua. Foto: AFP

13 pegawai polis maut diserang lelaki bersenjata

ByBernama

MEXICO CITY, 24 Okt : Sekurang-kurangnya 13 pegawai polis Mexico terbunuh dalam satu serangan bersenjata di negeri Guerrero, kata pejabat peguam negara, lapor Xinhua.

Kejadian itu berlaku pada Isnin di bandar El Papayo di kawasan perbandaran Coyuca de Benitez, barat daya Mexico.

Anggota polis itu diserang sekumpulan lelaki bersenjata berhampiran lebuh raya persekutuan Acapulco-Zihuatanejo, menurut laporan polis.

Timbalan Pendakwa Raya Guerrero, Gabriel Alejandro Hernandez Mendoza, berkata antara yang maut ialah dua ketua polis, termasuk seorang daripadanya ialah setiausaha keselamatan awam Coyuca de Benitez, Alfredo Alonso Lopez.

Guerrero antara negeri di Mexico sering dilanda keganasan jenayah berkumpulan.

Kumpulan itu sejak kebelakangan ini menjadikan agensi keselamatan sebagai sasaran. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan