Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan Sarawak telah menyerahkan kertas cadangan untuk menambah wakil negeri di Dewan Rakyat sehingga 35 peratus kepada Kerajaan Persekutuan. Foto fail: Bernama

Sidang isu kelangsungan hidup veteran tentera, ‘scammer’ tumpuan Dewan Rakyat hari ini

ByBernama

KUALA LUMPUR, 18 Okt: Isu kelangsungan hidup veteran tentera, kempen beli barangan Malaysia dan penipuan atau ‘scammer’ adalah antara tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, R. Yuneswaran (PH-Segamat) meminta Menteri Pertahanan menyatakan skop pemerkasaan sedang dilaksanakan secara menyeluruh terhadap kebajikan dan kelangsungan hidup veteran angkatan tentera sama ada berpencen atau tidak berpencen, sejajar dengan penilaian semula menerusi Skim Perkhidmatan dan Persaraan Negara.

Yuneswaran mengemukakan soalan itu ketika sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawapan Lisan.

Isu kempen beli barangan Malaysia pula dibangkitkan Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) yang bertanyakan perkembangan terkini perancangan mengadakan kempen beli barangan Malaysia secara mega sebagai usaha memperkasa perusahaan mikro, kecil dan sederhana terutamanya dalam situasi perniagaan berdepan cabaran kemelesetan ekonomi.

Dalam sesi sama, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (PN-Tanah Merah) meminta Perdana Menteri menyatakan kerugian dialami dan jumlah mereka yang menjadi mangsa scammer sejak awal tahun ini.

Persidangan hari ini juga akan menyambung sesi perbahasan hari ketiga Belanjawan 2024, selepas ia dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat.

Berdasarkan takwim Dewan Rakyat, Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 itu akan dibahas di peringkat dasar selama lapan hari, sebelum sesi jawapan oleh menteri selama empat hari bermula 30 Okt.

Ahli-Ahli Parlimen akan mengambil bahagian dalam perbahasan rang undang-undang berkenaan di peringkat jawatankuasa selama 12 hari bermula 6 Nov.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 32 hari bermula 9 Okt hingga 30 Nov ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan