Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pekerja kilang, Bonny ak Tigong, 32, diiringi polis ke Mahkamah Majistret dan Sesyen di Butterworth hari ini bagi berdepan pertuduhan memiliki bom buatan sendiri, pistol tiruan dan kerambit. Foto: TVS

Pekerja kilang didakwa miliki bom buatan sendiri, pistol tiruan dan kerambit

BUTTERWORTH, 16 Okt: Seorang pekerja kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki alat letupan buatan sendiri (EID) tanpa kebenaran yang sah pada 8 Oktober lalu.

Tertuduh, Bonny ak Tigong, 32, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Siti Zulaikha Nordin@Ghani.

Jiran batuk punca pekerja kilang letupkan bom buatan sendiri

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di tingkat empat Flat Taman Perdana, Mak Mandin di sini kira-kira pukul 7.35 malam.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-dua sekali.

Tertuduh juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan kedua iaitu memiliki sepucuk pistol tiruan jenis kayu tanpa kebenaran sah yang didakwa dilakukan kira-kira pukul 6.30 petang hari yang sama di bawah flat sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 36 Akta Senjata 1960 yang boleh dipenjara sehingga setahun atau didenda sehingga RM5,000 atau kedua-dua sekali.

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen, Bonny mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Noor Aini Yusof atas pertuduhan memilik senjata berjadual iaitu sebilah kerambit bersama sarung tanpa tujuan yang sah.

Jiran batuk punca pekerja kilang letupkan bom buatan sendiri

Dia didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira pukul 6.30 petang pada hari sama dan lokasi sama.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 7(1)(a) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang jika sabit kesalahn boleh dipenjara antara lima hingga 10 tahun dan sebatan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Asma Amira Shahidani dan Mohammad Syafiq Nasrullah Saleem Ali, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tertuduh dibenarkan diikat jamin sebanyak RM15,000 bagi ketiga-tiga pertuduhan.

Kes akan disebut semula 16 November depan bagi penyerahan dokumen dan lantikan peguam.

Media sebelum ini melaporkan, polis menahan seorang lelaki bersama rakan serumahnya, wanita warga asing berhubung kes letupan IED di koridor Flat Taman Pandan di sini pada 8 Oktober.

Polis turut merampas seunit IED bersama sepucuk pistol bersama peluru buatan sendiri dan sebilah kerambit.

Suspek mengaku bertindak meletupkan bom yang dibuat sendiri itu kerana berang jirannya yang juga lelaki warga emas sering batuk ketika dia melalui hadapan rumah lelaki itu.

Suspek mendakwa mempelajari cara membuat IED menerusi laman web dan membeli bahan pembuatannya secara dalam talian. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan