Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam berjumlah RM2,000 akan diberikan kepada semua penjawat awam gred 56 ke bawah. Foto hiasan.

Bayaran insentif awal SSPA RM2,000 kepada penjawat awam gred 56 ke bawah

ByBernama

KUALA LUMPUR, 13 Okt: Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam berjumlah RM2,000 akan diberikan kepada semua penjawat awam gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata bayaran insentif ini dibuat sementara kerajaan menyemak semula skim gaji dan elaun tetap penjawat awam yang kali terakhir dilaksanakan pada 2012.

“Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) ini akan meneliti keperluan semua skim perkhidmatan dan dijangka akan dimuktamadkan pada penghujung tahun hadapan,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia MADANI di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata bayaran insentif berjumlah RM1,000 juga diberi kepada jawatan utama sektor awam melibatkan semua pihak termasuk polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform.

Beliau berkata semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen turut menerima bayaran insentif RM1,000, yang akan dibuat sekali gus pada akhir Februari depan bagi meringankan beban persediaan persekolahan anak-anak serta persiapan menjelang Ramadan dan Syawal. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan