Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Fadillah Yusof berkata menerusi Belanjawan 2024, Kerajaan Persekutuan terus komited dalam meneruskan rundingan dan melaksanakan tuntutan MA63. Foto fail: Bernama

Belanjawan 2024 perlihat tekad kerajaan jaga hal ehwal Sarawak Sabah

KUCHING, 13 Okt: Belanjawan 2024 jelas memperlihat tekad Kerajaan Persekutuan dalam melaksanakan agenda dan dasar yang memberi keutamaan rakyat Malaysia secara keseluruhan khususnya untuk menjaga kebajikan dan hal ehwal Sabah dan Sarawak.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata menerusi belanjawan ini juga, sudah pasti Kerajaan Persekutuan terus komited dalam meneruskan rundingan dan melaksanakan tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Belanjawan 2024: RM12.4 bilion diperuntukkan untuk Sabah dan Sarawak

“Antaranya Rang Undang-Undang Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 2023 telah diluluskan di Dewan Rakyat bagi memperuntukkan wakil Kerajaan Negeri Sabah yang dinamakan Ketua Menteri Sabah dan seorang wakil Kerajaan Negeri Sarawak yang dinamakan Premier Sarawak selaras dengan hasil Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) 1963,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan bagi susulan Belanjawan 2024 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurutnya, Kerajaan Persekutuan bersama-sama Kerajaan Sabah telah mencapai kesepakatan berhubung penyerahan kuasa kawal selia bekalan elektrik yang bakal berkuat kuasa pada 3 Januari 2024.

Kerajaan Persekutuan juga sedang berunding untuk merealisasikan penyerahan Pelabuhan Bintulu dan pengoperasian Perkhidmatan Udara Desa (RAS) kepada Kerajaan Negeri.

“Kesungguhan Kerajaan Persekutuan dalam memperjuangkan kesejahteraan Sabah dan Sarawak menyaksikan peruntukan untuk kedua-dua negeri berkenaan terus meningkat dalam Belanjawan 2024 berbanding 2023,” ujarnya.

Peruntukan pembangunan untuk Sarawak meningkat kepada RM5.8 bilion berbanding RM5.6 bilion ringgit pada 2023. Manakala, peruntukan bagi Sabah meningkat kepada RM6.6 bilion berbanding RM6.5 bilion ringgit pada 2023.

“Penurunan kuasa untuk projek pembangunan di bawah nilai RM50 juta kepada agensi teknikal Sabah dan Sarawak dan peningkatan kadar pemberian khas interim juga membuktikan komitmen padu Kerajaan Perpaduan dalam memperkasakan pembangunan infrastruktur di keduadua negeri,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan