Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Dzul Hadzwan Husaini, tetamu Dialog TVS bagi membincangkan topik 'Belanjawan 2024: Apa Rakyat Dapat'.

Belanjawan 2024: Dasar gaji progresif atasi kos sara hidup kian meningkat

ByAmirah Shawel

KUCHING, 12 Okt: Kerajaan dijangka akan memberi tumpuan kepada pemerkasaan dasar sistem gaji progresif, selain sektor pendidikan dan kesihatan menerusi Belanjawan 2024.

Pensyarah Kanan, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Dr Dzul Hadzwan Husaini berkata usaha tersebut akan membantu dalam menangani isu kos sara hidup.

“(Dijangka) ada pembaharuan berbanding bajet yang sebelumnya. Bagaimana kerajaan memberi tumpuan untuk meningkatkan pendapatan rakyat bukan hanya untuk golongan pekerja awam tetapi juga swasta,” katanya dalam program Dialog TVS yang membincangkan topik ‘Belanjawan 2024: Apa Rakyat Dapat’.

Menurutnya, langkah mengatasi kos sara hidup yang kian meningkat itu merupakan pelengkap kepada langkah proaktif kerajaan seperti mengawal harga barangan.

Isu kos sara hidup bergantung dengan pendapatan setiap individu, jelasnya.

“Kalau kita lihat sekarang kerajaan lebih tertumpu kepada pengawalan harga barang tetapi untuk mengawal harga itu tidak mudah.

“Sebenarnya kos sara hidup ini bersangkut paut dengan pendapatan kalau pendapatan kita meningkat seiring dengan kos, ia tidak menjadi masalah,” katanya.

Belanjawan 2024 dijadual akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada Jumaat ini (13 Oktober) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan