Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD) Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom berucap pada Majlis Makan Malam bersempena Mesyuarat Penyelerasan antara Menteri dan Kemajuan Desa dan Wilayah. Foto: Awang Azmil (TVS)

Toleransi Sarawak wajar dicontohi, ketengahkan dalam MEXCLUB – Rundi

ByCheryl Syahmina Toh

KUCHING, 10 Okt: Toleransi yang diamalkan Kerajaan Sarawak dalam menyelesaikan isu pembangunan luar bandar wajar dicontohi negeri-negeri lain, kata Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD) Dato Sri Dr.Stephen Rundi Utom.

Perkara itu menurut Rundi harus diketengahkan dalam Mesyuarat penyelarasan antara Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Exco Luar Bandar (MEXCLUB) yang akan diadakan pada esok, di sini.

“Negeri Sarawak terkenal dengan masyarakat yang harmoni, malah, Timbalan Perdana Menteri kita sentiasa meluahkan kekagumannya apabila beliau berada di Sarawak, dan ini merupakan teras dalam kerajaan kita dalam menyelesaikan isu rakyat.

“Adalah penting untuk kita mengadakan platform yang sesuai untuk saling memahami dengan isu pembangunan, terutamanya di luar bandar.

“Sebahagiannya kita mempunyai MEXCLUB, yang merupakan platform perbincangan di antara Kementerian dan Kerajaan Negeri,” katanya di Majlis Makan Malam bersempena Mesyuarat Penyelarasan antara Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dengan Exco-exco luar bandar anjuran Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak di Hotel Grand Magherita, pada  Selasa.

Dalam pada itu, Rundi berharap MEXCLUB akan berjalan lancar serta mencapai kesepakatan seperti yang dirancang,

“Oleh itu, saya berharap silaturahim seperti ini kekal dalam pembentukan kerajaan perpaduan, bukan sahaja untuk Sarawak tetapi untuk negeri-negeri lain juga,” ujarnya.

Keahlian MEXCLUB melibatkan Exco-Exco Luar Bandar, wakil daripada Kementerian Kewangan (MOF), Unit Perancang Ekonomi (UPE) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri serta jabatan/agensi di bawah KKDW.

MEXCLUB kali ini dihadiri Exco Luar Bandar Terengganu, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Selangor, Pahang, Kedah, Melaka, Perak, Johor dan Perlis

Turut hadir, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail , Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang serta Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Martin Ben.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan