Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Botol kaca mengandungi bahan kimia ‘sodium dihydrogen’ pecah didakwa akibat seekor kucing yang menyelinap di dalam makmal sains Intitut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pulau Pinang di Persiaran Tunku Kudin, George Town hari ini. Foto: JBPM

Si bulus tumpahkan bahan kimia di kampus IPG

GEORGE TOWN, 10 Okt: Gelagat si bulus yang terlanggar botol bahan kimia, makmal sains di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pulau Pinang di Persiaran Tunku Kudin di sini menggemparkan hari ini.

Gara-gara seekor kucing, sepasukan bomba terpaksa dikejarkan ke lokasi kejadian kira-kira jam 4.40 petang tadi’ bagi membantu membersihkan sisa tumpahan.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, Fauzian Izzuan Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.48 petang sebelum 16 anggota termasuk Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) bergegas ke lokasi.

Katanya, bomba yang tiba kemudiannya mendapati berlaku tumpahan 10 botol bahan kimia jenis ‘sodium dihydrogen’ yang keseluruhannya berisipadu 500 mililiter di dalam makmal berkeluasa kira-kira 9 meter persegi.

“Pasukan penyelamat membuat tindakan awal dengan mengosongkan dan memastikan tiada individu di dalam bangunan itu.

“Bomba kemudiannya mengenal pasti jenis bahan kimia yang tumpah sebelum proses nyah cemar dibuat bagi memastikan bilik makmal benar-benar selamat,” katanya kepada pemberita hari ini.

Tambah beliau, pihaknya dimaklumkan bahawa kejadian itu disebabkan oleh seekor kucing yang menyelinap masuk ke dalam makmal dan terlanggar botol-botol bahan kimia tersebut.

“Kejadian itu kemudiannya disedari oleh pembantu makmal sebelum menghubungi bomba.

“Operasi itu tamat pada pukul 6.47 petang selepas kerja pembersihan selesai,” katanya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan