Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Recep Tayyip Erdogan. Foto fail: Bernama

PM Anwar, Presiden Erdogan bincang isu Palestin

ByBernama

KUALA LUMPUR, 10 Okt: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, telah mengadakan perbincangan mengenai perkembangan terkini melibatkan Palestin dan Israel.

Anwar menerusi catatan di X lewat malam tadi memaklumkan, perbincangan itu diadakan menerusi perbualan telefon.

“Kami menyentuh mengenai perkembangan terkini melibatkan Palestin dan Israel,” menurut catatan itu.

Pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas, pihak berkuasa di Gaza, dan rejim Israel sejak 7 Okt, telah mengakibatkan kehilangan ratusan nyawa kedua-dua belah pihak.

Semalam, kerajaan mengumumkan akan menyalurkan dana RM1 juta serta-merta kepada tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) yang dikendalikan Kementerian Luar, susulan konflik keganasan dan pertempuran di Semenanjung Gaza ketika ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan