Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Damai Lagoon Resort menjanjikan pengalaman percutian bermakna kepada pengunjung dengan pelbagai kemudahan disediakan. Foto TVS.

Damai Lagoon Resort lokasi percutian ideal di Sarawak

KUCHING, 5 Okt: Malaysia sememangnya dikenali kerana memiliki banyak pantai indah yang sering menggamit kehadiran pelancong.

Di Sarawak, Damai Lagoon Resort yang hanya memakan masa perjalanan kira – kira 45 minit dari pusat bandar raya turut memiliki pesona yang sama.

Ramai yang menjadikan lokasi ini sebagai tempat percutian selain sebagai ‘port healing’ untuk mendapatkan ketenangan.

Damai Lagoon Resort terletak di Teluk Penyuk Santubong wajib dikunjungi oleh pencinta pemandangan waktu senja di pantai dan alam semula jadi.

Pengurus Jualan dan Pemasaran Damai Lagoon Resort, Suzie Ata berkata, usaha mempromosikan pusat peranginan ini selaras dengan inisiatif Kerajaan Sarawak untuk membangunkan sektor pelancongan tempatan.

Beliau berkata demikian kepada TVS selepas hadir Majlis Preview dan Hi-Tea Reception Damai Lagoon Resort semalam.

 

Kemudahan kolam renang berhampiran pantai turut disediakan Damai Lagoon Resort. Foto: TVS

Bagi pengunjung yang hadir ke sini, mereka boleh melakukan pelbagai aktiviti yang ditawarkan termasuk berkayak, E-Bike, ATV night ride, senaman aqua dan banyak lagi.

Sekiranya anda masih mencari lokasi percutian menjelang hujung tahun ini, kawasan di sekitar pusat peranginan ini mungkin boleh memasuki senarai pertimbangan anda. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan