Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ADUN Ngemah, Anyi Jana bersama pelajar yang mengambil bahagian dalam pelbagai acara sempena menghadiri Program Ziarah UKAS di Dewan Pejabat Daerah Kanowit. Foto: TVS.

RM4.5 juta percepatkan projek tanjakan feri Sedaya – Anyi

SIBU, 28 Sept: Kerajaan memperuntukkan RM4.5 juta untuk melaksanakan dan mempercepatkan kerja pembinaan tanjakan feri di Pengkalan Feri Sedaya, di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah, Anyi Jana meyakini projek berkenaan akan memberi manfaat kepada penduduk  terutama dikawasannya.

Menurutnya projek mega itu amat dinantikan warga sekitar DUN Ngemah selama ini khususnya di kawasan seberang pekan Kanowit sekali gus memendekkan masa perjalanan mereka yang kini terpaksa melalui jambatan Durin.

“Bagi projek tanjakan feri (ferry ramp), sebanyak RM4.5 juta untuk menyambung tanjakan kemudahan itu, ketika ini keadaannya tinggi dan tidak dapat digunakan.

“Projek ini akan ditender dalam masa terdekat, kalau tidak silap saya dalam hujung bulan Oktober atau awal November ini,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Program Ziarah Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) di Dewan Pejabat Daerah Kanowit, semalam.

Menurut anyi, Pengkalan Feri Sedaya hanya terletak di seberang pekan Kanowit namun tanpa kemudahan itu, penduduk terpaksa menggunakan laluan yang agak jauh iaitu perlu menyeberangi Jambatan Durin.

Justeru katanya, sebahagian besar penduduk mahu projek itu dipercepatkan bagi memudahkan perjalanan dan urusan harian mereka.

“DUN Ngemah terbahagi kepada dua bahagian iaitu satu bahagian sebelah Kanowit ini dan satu bahagian lagi sebelah kiri Batang Rajang menghala ke Kapit.

“Sebelah kiri Batang Rajang memerlukan feri untuk ke Kanowit kerana pada masa ini, mereka terpaksa melalui Jambatan Durin untuk sampai ke Kanowit yang jaraknya lebih kurang 50 kilometer (km) hingga 60 km. Namun, jika feri itu beroperasi nanti, jaraknya hanya 10 km hingga 20 km sahaja,” katanya.

Tambahnya, selain projek terbabit kerajaan turut meluluskan peruntukan projek pembinaan jalan untuk menghubungkan beberapa rumah panjang.

Program anjuran UKAS dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kanowit itu turut dihadiri, Ketua Penolong Pengarah UKAS, Anwar Hanafi Ardimansyah.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan