Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemain JDT Juan Muniz Gallego (kanan) diasak pemain Negeri Sembilan FC Annas Rahmat (kiri) pada perlawanan Suku Akhir Kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim malam tadi.

Piala Malaysia: JDT ke suku akhir, belasah N.Sembilan 4-1

ByBernama

ISKANDAR PUTERI, 24 Sept: Johor Darul Ta’zim (JDT) melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia selepas membenam Negeri Sembilan FC 4-1 di Stadium Sultan Ibrahim dalam perlawanan suku akhir kedua kejohanan itu di sini semalam.

JDT dilihat seperti melepaskan geram pada aksi malam ini, susulan kekalahan 0-1 dengan wakil Jepun, Kawasaki Frontale pada aksi pembukaan Liga Juara-Juara Asia (ACL) Kumpulan I pada Selasa lepas.

Bagaimanapun, Negeri Sembilan FC sememangnya melalui jalan yang sukar untuk menandingi JDT, selepas tewas 0-3 dengan Harimau Selatan pada aksi pertama suku akhir baru-baru ini.

Terdahulu, pemain sensasi daripada Brazil, Bergson  Da Silva membuka tirai jaringan seawal minit keenam selepas dengan mudah menanduk masuk bola ke dalam gawang.

Tidak menunggu lama, Bergson sekali lagi menggandakan jaringan kedua lima minit kemudian, sebelum gol ketiga dilakar hasil sepakan percuma Juan Muniz Gallego yang meletakkan JDT jauh kehadapan pada minit ke-29.

Bergson mempunyai banyak peluang untuk mencipta hatrik khususnya pada minit ke-34, namun gagal memanfaatkan peluang terhidang selepas rembatannya tersasar dari palang.

Namun, pemain pertahanan Negeri Sembilan FC, Mohamad Zamri Pin Ramli mencipta kejutan apabila rembatannya tepat masuk ke gawang tuan rumah,  selepas menerima hantaran dari Mahalli Jasuli pada minit ke-39.

Babak kedua perlawanan pula menyaksikan kedua-dua pasukan berhempas pulas untuk menggandakan jaringan, namun gagal menemui penyudah.

Kelibat Fernando Martin Forestieri yang kembali beraksi setelah pulih daripada kecederaan, melengkapkan malam bermakna buat JDT dengan jaringan keempat pada minit kecederaan.

Keputusan kekal 4-1 sehingga tiupan wisel penamat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan