Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Foto fail: Bernama.

Kalimah ‘Wallahi Wabillahi Watallahi’ tidak pernah diguna dalam Perlembagaan Persekutuan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 23 Sept: Kalimah ‘Wallahi Wabillahi Watallahi’ tidak pernah digunakan dalam peruntukan angkat sumpah Ahli Parlimen seperti yang dinyatakan dalam Jadual Keenam di bawah Artikel 59(1) Perlembagaan Persekutuan, sejak ia digubal pada 31 Ogos 1957.

Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata apabila Perlembagaan Persekutuan dikuatkuasakan pada tarikh berkenaan, penyataan Sumpah Ahli Parlimen telah ada dalam Jadual Keenam di bawah perkara tersebut dan tidak pernah ada menyebut kalimah “Wallahi Wabillahi Watallahi”.

“Kalimah penyataan sumpah kalimah ‘Wallahi Wabillahi Watallahi’ hanya disebut dalam penyataan angkat sumpah oleh Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong seperti yang dinyatakan dalam Jadual Keempat.

“Seperti yang dijawab oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat, penyataan sumpah ini adalah mengikut Peraturan Mesyuarat 5 Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang menyatakan bahawa sumpah yang dilafazkan hendaklah mengikut seperti yang disebutkan dalam Jadual Keenam dalam Perlembagaan Persekutuan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Junaidi berharap dengan penjelasan itu ia dapat memberikan maklumat yang jelas kepada Ahli Parlimen serta orang awam yang telah menyaksikan pertikaian berhubung perkara berkenaan semasa Ahli Parlimen Kulai Suhaizan Kaiat mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat Selasa lepas.

Perkara itu dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim yang memohon penjelasan daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul sama ada lafaz sumpah Ahli Parlimen baharu tidak lagi memasukkan kalimah ‘Wallahi Wabillahi Watallahi’. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan