Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Juanda Jaya turut menziarahi jenazah Talib di sebuah pusat perubatan di Kuching hari ini.

TPM ziarah jenazah Talib

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 15 Sept: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof hadir menziarahi jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Datuk Talib Zulpilip yang meninggal dunia petang ini.

Dua Timbalan Perdana Menteri itu tiba secara berasingan di sebuah pusat perubatan swasta di sini lewat petang.

Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman) Datuk Dr Juanda Jaya dan Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Dr Hazland Abang Hipni.

Talib, 72, yang menjadi ADUN Jepak selama enam penggal meninggal dua hari selepas ulang tahun kelahirannya pada 13 September lepas.

Menurut sumber rapat dengan keluarga, Allahyarham dikejarkan ke Pusat Perubatan Normah kira – kira 7.30 pagi semalam berikutan masalah kesihatan yang dialaminya dan menghembuskan nafas terakhir kira- kira 6 petang tadi.

Sementara itu difahamkan, jenazah akan diuruskan di Kompleks Pusara Islam Semariang dan dijangka akan dikebumikan pada 9 malam ini.

Berita lanjut menyusul. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan