Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali menerima cenderamata dari Yang Dipertua IGMS Datu Dr Sanib Said pada Majlis Perasmian Persidangan Antarabangsa Sejarah Sarawak (PASS) 2023 di Hotel Grand Margherita, Kuching pada hari ini. Foto: TVS

Institusi sejarah dan warisan Borneo perlu ditubuhkan – Sharifah Hasidah

KUCHING, 13 Sept: Sebuah institusi khusus bagi memelihara dan memulihara sejarah Borneo perlu ditubuhkan, kata Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Sehubungan itu, beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Hubungan Negeri-Persekutuan) berharap agar Jabatan Muzium Sarawak dapat memainkan peranan penting bagi menyokong penubuhan institusi berkenaan.

“Sebenarnya, kita memiliki sejarah yang sangat menakjubkan namun saya lihat Sarawak masih belum memiliki satu institusi khusus bagi memelihara warisan termasuk dokumen-dokumen bersejarah yang berusia ratusan tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Majlis Perasmian Persidangan Antarabangsa Sejarah Sarawak (PASS) 2023 di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Sharifah Hasidah mahu kajian mendalam dilakukan untuk meninjau pensejarahan Sarawak dan berusaha mendapatkan dokumen sejarah penting.

“Pelbagai dokumen yang menyokong sejarah Sarawak masih banyak terdapat di luar negara. Ini perlu kita dapat untuk dijadikan arkib,” tegasnya.

Untuk rekod, PASS 2023 menghimpunkan seramai 27 orang pembentang dari Malaysia, Brunei serta Indonesia.

Turut hadir, Yang Dipertua Ikatan Graduan Melayu Sarawak (IGMS) Datu Dr Sanib Said dan Timbalan Yang Dipertua IGSM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur PASS 2023, Samsol Morshidi Bujang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan