Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma'ani Tun Tuanku Bujang menyampaikan ucapan takziah kepada Datin Sri Sri Marie Therese Mathias ketika hadir memberi penghormatan terakhir kepada Mendiang Dato Sri Ambrose Blikau Enturan di sini hari ini. Foto Ahmad Nasrullah (TVS)

Ambrose Blikau rakan sewaktu susah dan senang – Abang Johari

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 10 Sept: Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, beliau kehilangan seorang rakan sewaktu susah dan senang berikutan kematian Dato Sri Ambrose Blikau Enturan.

Premier Sarawak itu berkata, Mendiang Ambrose Blikau merupakan seorang pemimpin yang telah melaksanakan tanggungjawab dengan baik sepanjang hampir 40 tahun bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketibas.

Kata beliau, di peringkat parti pula, mendiang sentiasa bersama Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) termasuk ketika parti itu berdepan ujian.

“Sewaktu parti berada dalam krisis, mendiang bersama pemimpin Iban yang lain teguh mempertahankan PBB,” katanya.

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bercakap kepada pemberita selepas hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Mendiang Dato Sri Ambrose Blikau Enturan hari ini. Turut hadir, Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Foto Izzah Kamilah (TVS)

Abang Johari berkata demikian kepada pemberita selepas hadir memberi penghormatan terakhir kepada Mendiang Ambrose Blikau di kediamannya di Jalan Kedandi, Lorong 8 Tabuan Dusun di sini hari ini.

Bekas ADUN Katibas, Ambrose Blikau meninggal dunia

Abang Johari diiringi isteri, Puan Sri Datuk Amar Ju’amani Tun Tuanku Bujang.

Turut hadir, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan ADUN Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman.

Ambrose Blikau,70, menghembuskan nafas terakhir pada 8.05 pagi semalam di Pusat Pakar Perubatan Normah Kuching.

Sementara itu, Abang Johari turut mengimbau jasa mendiang menyatukan parti – parti politik di Sarawak.

“Usaha mendiang dapat dilihat apabila menyatukan semua parti (ketika itu bersama Barisan Nasional) dan pasukan kita untuk membangunkan negara khususnya kawasan di luar bandar,” katanya.

Mengulas mengenai Katibas, Abang Johari menyifatkan mendiang banyak berjasa sepanjang menjadi wakil rakyat selama sembilan penggal.

“Song bertambah baik di bawah perkhidmatannya. Apabila tidak sihat, mendiang memberi peluang kepada pemimpin muda untuk bertanding di situ.

“Pada masa sama, mendiang juga mengendalikan Hornbill Skyways malah aktif dalam Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS). Kami bekerjasama dengan baik ketika sewaktu saya menjadi Presiden SABERKAS,” katanya.

Majlis pengebumian Ambrose Blikau akan berlangsung di Nirvana Memorial Park, Kuching pada pukul 11 pagi esok selepas perjalanan terakhir dari Gereja St.Jospeh. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan