Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Rubiah Wang hadir melancarkanProjek Rakan Kebun SkoD di Kampung Siniawan Kota Samarahan, hari ini. Foto Nazirah Adlina (TVS)

Tingkat keterjaminan makanan melalui SKoD – Rubiah Wang

ByAdlina Rahman

KOTA SAMARAHAN, 9 Sept: Kerajaan mahu meningkatkan keterjaminan makanan serta mengurangkan kos sara hidup di luar bandar melalui pelaksanaan Projek Rakan Kebun Sahabat Komuniti Desa (SKoD), kata Datuk Rubiah Wang.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata, sejak dilaksanakan pada Mac lepas, SkoD menerima sambutan memberangsangkan dalam kalangan komuniti setempat.

Kata beliau inisiatif itu juga telah menunjukkan kejayaan apabila terdapat peserta yang menuai hasil pelbagai tanaman malah berpotensi untuk dikomersialkan.

“Terdapat dua hingga tiga kampung telah mengeluarkan hasil tanaman, sebagai contoh Kampung Siniawan pada perlaksanaan kali pertama, (peserta) sudah menuai hasil untuk kegunaan sendiri.

“Sekarang sudah memasuki tuaian yang kedua, insya-Allah habis sahaja tuaian, mereka akan tanam semula,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan projek Rakan Kebun SKoD di Kampung Siniawan di sini hari ini.

Sementara itu beliau berkata, peruntukan yang diberikan bagi perlaksanaan program berkenaan diharap dapat memupuk semula minat komuniti terhadap sektor pertanian.

“(Sebelum ini minat masyarakat terhadap pertanian) dilihat semakin berkurangan ekoran kenaikan harga benih dan racun,” katanya.

Ke arah menjayakan usaha itu, Rubiah yang juga Ahli Parlimen Kota Samarahan berkata, beberapa penambahbaikan dilakukan termasuk oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) yang menyediakan asas untuk program berkenaan.

“Kita bekerjasama dengan Jabatan Pertanian, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) selain Jabatan Perairan dan Saliran untuk jayakan program ini di Sarawak,” katanya.

Tambah beliau, kos diperlukan untuk laksanakan program itu hanya RM10,000 bagi pembelian benih, racun serangga dan sebagainya yang melibatkan tempoh pemantauan selama dua tahun.

“Di Sarawak, kerajaan menyasarkan penyertaan kira-kira 600 orang peserta serta 3,000 orang penyertaan di seluruh negara,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan