Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di Kampung Pangkalan Lutong disambut meriah penduduk kampung. Foto: Odleen Catherny (TVS).

Rakyat teruja, kali pertama Agong melawat Miri – Kim Shin

ByOdleen Catherny

MIRI, 9 Sept: Keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di bandaraya ini dianggap sebagai hari bersejarah buat penduduk setempat.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, keterujaan rakyat terserlah apabila ramai yang sanggup menunggu lama bagi menanti keberangkatan tiba baginda berdua bersama rombongan Kembara Kenali Borneo (KKB).

“Kita melihat rakyat di Miri sangat gembira, sejak awal pagi mereka sudah berbaris di tepi jalan.

“Ini satu sejarah kerana kali pertama kita menerima lawatan Yang di-Pertuan Agong dan juga Raja Permaisuri Agong di sini,” katanya kepada TVS.

Ketika berada di Miri hari ini, Sultan Abdullah dan Tunku Azizah bersama anakanda baginda yang juga Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan meluangkan masa melawat Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin Dan Keselamatan (ICQS) Sungai Tujoh, Kuala Baram.

Rombongan diraja juga mencemar duli apabila melawat Pusat Kraftangan Miri, Coco Cabana dan Kampung Pangkalan Lutong.

Selain menandatangani plak KKB, rombongan juga bersantap bersama komuniti setempat dan menyaksikan demonstrasi anyaman serta masakan linut.

Konvoi dijadual ke Pantai Bungai Bekenu dan Kampung Penan Muslim Batu 10 esok. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan