Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Interhill, Lionel Ho Tze Tan (ketiga dari kiri), memotong reben sebagai simbolik perasmian Goceli hari ini di The Hills. Foto: Arrianne (TVS).

Pasar raya Goceli di The Hills buka hari ini

ByRegina Lee

KUCHING, 1 Sept: Goceli, sebuah pasar raya jenama baharu di bawah Kumpulan Emart dibuka secara rasmi di The Hills Shopping Mall di sini, hari ini.

Menurut Pegawai Pemasaran Emart, Jenny Tang Mee Ping, Goceli merupakan pasar raya baharu berkonsepkan untuk menyediakan kemudahan kepada para pelanggan, di samping memenuhi keperluan penduduk sekitarnya dan komuniti pekerja.

@tvstvmy Menurut Pegawai Pemasaran Emart, Jenny Tang Mee Ping, Goceli merupakan pasar raya baharu berkonsepkan untuk menyediakan kemudahan kepada para pelanggan, di samping memenuhi keperluan penduduk sekitarnya dan komuniti pekerja. Layari tvstv.my/news & tonton TVS di saluran 122 MYTV & Astro. #TVS122 #TVSNews #Sarawak #TrendingNewsMalaysia #BeritadiTikTok #Goceli ♬ original sound – TVS News

“Goceli menerapkan konsep ‘Grab and Go’, iaitu para pelanggan boleh mengambil barangan yang diingini, membayarnya dan kemudian terus balik tanpa perlu membuang masa memilih produk yang dijual.

“Kami menawarkan barangan runcit berkualiti tinggi, terutamanya barangan segar, makanan organik, makanan import di samping adanya pelbagai promosi dan aktiviti berlangsung setiap masa.

“Goceli turut menampilkan SHiNE Pharmacy dan BAKEHOUSE by Breadsman untuk meningkatkan pengalaman membeli-belah pelanggan dan memenuhi keperluan farmaseutikal dan roti segar pelanggan kami,” katanya.

Rakan strategik makanan dan minuman Goceli, BAKEHOUSE By Breadsman.

Pada masa sama, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Interhill, Lionel Ho Tze Han berkata, pembukaan Goceli serta konsep yang diperkenalkan berpadanan dengan konsep ruang komersial komuniti premium di The Hills Shopping Mall.

Ruang makan bersebelahan SHiNE Pharmacy dan BAKEHOUSE By Breadsman untuk keselesaan pelanggan.

“Kami berfikir konsep Goceli sesuai dengan The Hills kerana apa yang mereka lakukan adalah berbeza dan ia merupakan cawangan pertama di sini yang bersifat premium manakala sasaran pelanggan adalah golongan pendapatan kelas pertengahan dan tinggi,” katanya.

Goceli akan beroperasi dari 8 pagi hingga 10 malam setiap hari dan berkeluasan 24,000 kaki persegi.

Rakan farmasi Goceli, SHiNE Pharmacy.

Sementara itu, salah seorang pengunjung Goceli, Nursadrina Yon yang merupakan pelanggan setia Emart berkata promosi yang ditawarkan amat berpatutan.

“Harga barangan agak murah, barang mudah dicari, lokasinya strategik dan senang untuk dikunjungi kerana ada tempat letak kereta bawah tanah,” ujarnya.

Bersempena dengan pembukaan Goceli, pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti pertandingan ‘Like & Win’ di Facebook rasmi Goceli dari 1 hingga 30 September dan pelanggan juga berpeluang menikmati tempat parkir percuma untuk dua jam pertama di The Hills.

Selain itu dengan setiap perbelanjaan minimum RM30, pelanggan berpeluang mendapat aiskrim percuma untuk 200 pelanggan pertama dengan syarat memuat naik swafoto di Facebook dengan hashtags #Goceli dan #GoceliSenangJe dari 1 hingga 15 September ini.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari Facebook rasmi Goceli untuk mendapatkan perkembangan terkini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan