Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Starbucks mahu pekerja golongan kurang upaya pendengaran berkembang dan maju. Foto: BN (TVS).

Starbucks beri peluang pekerja kurang upaya pendengaran kembangkan potensi

ByArrianne Jo

KUCHING, 24 Ogos: Bukan sekadar membuka peluang pekerjaan, tetapi mahu golongan kurang upaya pendengaran mengembangkan potensi diri, berdikari dan maju.

Itu yang mahu dicapai Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Food Berhad, Dato’ Sydney Quays dengan pembukaan Starbucks cawangan baharu di pusat beli-belah Vivacity, di sini.

Dato’ Sydney Quays (empat kanan), Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah dan Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan di Starbucks Vivacity. Foto: BN (TVS).

“Kami juga mahu mereka dapat berkembang sebagai individu dan memberi mereka peluang untuk menjadi pemimpin serta diberikan tugas-tugas penting bukan hanya tugas-tugas remeh,” katanya menerusi program bual bicara Dialog TVS yang disiarkan pada malam Khamis.

Ia merupakan cawangan Starbucks pertama menggunakan bahasa isyarat di Sarawak dan Sabah.

Brewing with a Purpose | Dialog TVS

Menurutnya, penubuhan cawangan-cawangan berbahasa isyarat sejak enam tahun lalu merupakan tanda sokongan untuk komuniti ini.

Sebelum membuka cawangan ini, Starbucks bertemu dengan komuniti kurang upaya pendengaran di Kuching dan mendapati mereka sangat berdedikasi dengan tugas mereka sekali gus menjadi faktor utama pembukaan cawangan baharu.

Sydney berkata lagi, beliau tidak mementingkan keuntungan semata-mata di ketiga-tiga cawangan itu kerana ada 397 cawangan lain yang boleh memberi keuntungan.

“Kami belajar memberikan keyakinan diri dan membuat mereka rasa dihargai dan ini semua adalah keperluan asas manusia dan pada tahap tertentu, mereka kehilangan elemen itu,” katanya.

Starbucks cawangan Vivacity merupakan yang pertama menggunakan bahasa isyarat di Sarawak dan Sabah. Foto: BN (TVS).

Pembukaan cawangan-cawangan ini dapat membantu memupuk kesedaran tentang golongan minoriti tersebut dalam masyarakat.

“Semasa membuat pesanan di cawangan yang menggunakan bahasa isyarat, untuk kali pertama, anda perlu menulis pesanan anda, tetapi mungkin maksimum dua kali jika anda membuat pesanan di cawangan ini.

“Pada kali ketiga anda masuk ke cawangan ini, anda akan tahu bagaimana untuk membuat isyarat untuk minuman kegemaran anda kerana barista kami akan mengajar anda cara melakukannya,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan